<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9113884442016185400?origin\x3dhttp://joko13.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
.Sunday, November 18, 2007 ' 12:27 PM Y

semasa kami remaja jadual hidup kami terlalu padat, lagi2 semasa dibangku sekolah. Ada diantara kami bersekolah satu hari suntuk, pagi menuntut disekolah pemerintah dan tengahari kesekolah madrasah. Orang tua kami mahu kami bejaya dalam duniawi dan uhrawi Bagi nak pecah kepala otak nak dimuatkan dengan segala pelajaran. nasib baik otak kami buatan ALLAH kalau kita bandingkan dengan komputer dialam siber selalu jem jika maklumat terlalu padat.

Semasa saya dimenengah 1 dialiran Inggeris, waktu itu tak ada sekaoalh duibahasa. Ramai anak Melayu kealiran Melayu tapi ibu saya mahu saya kealilran Inggeris kerana dia mahu saya menguasai bahasa Inggeris. Ujarnya lagi kerana bahasa Inggeris dapat menimba berbagai ilmu seperti Mathematik dan Science. Saya hanya lulus Grade II Senior Cambridge tapi itu sudah memadai pada zaman itu.

Sepanjang minggu pada tiap2 malam lepas jam lapan kami penuh dengan jadual yang membawa manfaat. Kebanyakan remaja dikampog kami tidak mahu melepaskan peluang keemasan kerana waktu itu tak ada hiburan yang melelaikan. Tak ramai keluarga ada peti televisyen kerana tak mampu agak mahal. Yang tak ada tompang2 lah tengok dirumah jiran, kawan atau saudaramara yang ada televisyen.

Dikampong kami ada sebuah surau,pembenaannya telah diusahakan bapa saya dengan bantuan Masyarakat kampong yang berugama Islam dan bukan Islam yang juga turut menyumbang wang ringgit. Disitulah kami akur dengan jadual yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Surau. Malam Selasa dan Khamis kami belejar Ilmu Ugama Islam, Malam Rabu kami berlatih kompang dan saya dilantik sebagai Halifah dan saya dapat ubahsuai dari segi pukulan dan lagu yang asas saya belajar diMuar Johor. Malam Jumaat kami mendalami bacaan Alqur`an. Malam Sabtu kami nelajar baca Berzanji dan Marhaban.

Tapi saya telah tubuhkan kugiran dan tiap malam Ahad kami berlatih dan ramai remaja kampong yang menjengok kami berlatih. Walaupun membingitkan mereka tak pernah komplain.

Cukup kali ini kisah hidup masyarakat kampong pada zaman saya remaja dan akan saya sambung lagi dimasa akan datang.







.Sunday, November 11, 2007 ' 8:06 PM Y

hai juz testing welcome to myblog







WiraKarma


Image Hosted by ImageShack.us

ASSALAMULAUKUM W.R.T
Call me Zack or Joko and i m a S'porian
Joko is happily married to Fozie(Faulziah)with thress angels Wahidah Fauzana,Indra Kamalzakie,Ernawati Fauzana(eR_z)

E-mail
zakaria_md_yatim@hotmail.com

MSN
zakaria_md_yatim@hotmail.com

YIM
zack_yoyo@yahoo.com



My Time


JOM CHATTING!!




My Linkz

Sinambungan
Cyberita
Warn 94.2FM
Suria Channel
Yahoo
hotmail


CREDITSY

Designer and edited by
eR_z aka MariMau